Aspek falsafah Perjalanan_masa

Banyak ilmuwan percaya bahawa perjalanan merentasi masa itu kemungkinan besar tidak mungkin dapat dilaksanakan. Kepercayaan ini terutamanya berdasarkan pisau cukur Occam. Setiap teori yang memperbolehkan perjalanan waktu menuntut bahawa semua isu kausalitas harus dipecahkan. Apakah yang terjadi jika seseorang kembali ke masa lampau dan membunuh datuknya?- lihat paradoks datuk. Dan juga, ketiadaan bukti eksperimental tentang adanya perjalanan waktu, maka secara teori lebih mudah teranggap bahawa hal ini tidak terjadi.

Hal ini turut dikuatkan hujahan Stephen Hawking yang pernah berkata bahawa ketiadaan sesiapa yang dapat dibuktikan datang daripada masa depan yang menjenguk kita merupakan sebuah hujahan yang kuat dalam menentang adanya fenomena ini; hujahan Hawking ini merupakan sebuah variasi dari paradoks Fermi yang menyanggah adanya makhluk luar angkasa. Namun di sisi lain, ada juga tanggapan sifat mustahil perjalanan masa yang menarik perhatian para ahli fizik kerana tertimbulnya pertanyaan sebab kemustahilan ini serta hukum fizik berkaitan yang tidak membolehkannya.